EXCOSELANGOR

PBT sambut baik usahasama swasta selenggara padang awam

SHAH ALAM, 29 JULAI: Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) menyambut baik cadangan pihak swasta untuk mengadakan usahama bagi menaik taraf padang awam yang diselenggarakannya.

EXCO Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru, Ng Sze Han berkata, setakat ini PBT tidak mempunyai garis panduan atau undang-undang khusus bagi melaksanakan usahasama dengan pihak swasta bagi tujuan itu.

Bagaimanapun, katanya, pihak swasta boleh mengemukakan cadangan kepada PBT untuk penelitian jika berhasrat menaik taraf padang awam itu.

“PBT mengalu-alukan cadangan daripda pihak swasta melalui pendekatan tanggungjawab sosial korporat (CSR), justeru mereka yang ingin mengadakan usahasama bagi menaik taraf infrastruktur padang awam yang diselenggara PBT perlu mengemukakan cadangan untuk penelitian lebih mendalam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan mulut Ahli Dewan Negeri Kampung Tunku, Lim Yi Wei, pada sesi Dewan Negeri Selangor, di Dewan Annex hari ini.


Pengarang :