Exco Kerajaan Negeri Selangor, Dr. Mariah Mahmud berucap ketika Majlis Pelancaran Program i-Asuh Selangor di Dewan Kampung Jenjarom, Jenjarom pada 18 Januari 2020. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

i-Asuh mudahkan ibu bapa cari pengasuh, lebih diyakini

BANTING, 18 JAN: Program i-Asuh diperkenal tahun lalu memberi keyakinan kepada ibu bapa mencari pengasuh berpengalaman dan sah, kata EXCO wanita dan keluarga.

Dr Siti Mariah Mahmud berkata ia bertujuan memudahkan penjaga serta mengelak kejadian tidak diingini demi keselamatan.

“Kita (Kerajaan Negeri) berusaha supaya kes pengabaian kanak-kanak hingga berlakunya kematian dielakkan,” katanya pada Program i-Asuh di Dewan Orang Ramai Kampung Jenjarom di sini hari ini.

Dr. Mariah Mahmud bercakap kepada media ketika Majlis Pelancaran Program i-Asuh Selangor di Dewan Kampung Jenjarom, Jenjarom pada 18 Januari 2020. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Hadir sama Pengurus Besar Yayasan Warisan Anak Selangor, Gan Pei Nei dan Ahli Dewan Negeri Banting, Lau Weng San.

Mariah berkata sehingga kini 500 pengasuh didaftarkan menerusi program itu.

“Tahun ini kita sasar 1,000 lagi pengasuh mendaftar,” katanya.


Pengarang :