Lim Guan Eng pada sidang media di Parlimen pada 2019. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Pemangku Menteri Pendidikan sudah dipilih Kabinet

KUALA LUMPUR, 9 JAN: Kabinet semalam telah memutuskan pemangku Menteri Pendidikan susulan peletakan jawatan Dr Maszlee Malik, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Beliau berkata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan mengumumkan perkara itu kelak.

“Kabinet telah membuat keputusan tetapi biarlah Perdana Menteri mengumumkannya,” kata Guan Eng pada sidang media selepas menghadiri Hari Bertemu Pelanggan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di sini semalam.

Maszlee mengumumkan peletakan jawatan beliau sebagai Menteri Pendidikan berkuat kuasa Jumaat lepas.

– BERNAMA


Pengarang :