Paparan skrin laman sesawang amirudinshari.com/covid-19 bagi memudahkan orang ramai mendapatkan maklumat terkini mengenai usaha Kerajaan Negeri mengawal Covid-19.
AGENDANASIONALPILIHAN MINGGUAN

MB sedia platform maklum usaha gempur Covid-19

SHAH ALAM, 18 MAC: Selangor menyediakan platform maklumat dalam talian bagi memudahkan orang ramai mendapatkan perkembangan terkini usaha Kerajaan Negeri mengawal penularan Covid-19.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata informasi boleh didapati dengan melayari https://amirudinshari.com/covid-19.

“Platform ini memudahkan rakyat Selangor mendapatkan maklumat terkini mengenai usaha #SelangorGempurCovid19 serta pengumuman dari Kerajaan Negeri,” tulisnya melalui hantaran di Twitter, pagi ini.

Pada 10 Mac lalu, Kerajaan Negeri menubuhkan Majlis Tindakan Khas Covid-19 Selangor diketuai bekas Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad untuk memantau dan mencegah penularan wabak Covid-19.

Majlis itu turut dianggotai Datuk Dr Christopher Lee Kwok Choong, Prof Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman, Datuk Dr Fadzilah Kamaludin, Prof Dr Abdul Rashid Abdul Rahman dan Dr Yap Wei Aun.


Pengarang :