AGENDANASIONAL

Kenderaan komersial boleh jalani pemeriksaan di Puspakom

SHAH ALAM, 23 APRIL: Kenderaan komersial dibenarkan menjalani pemeriksaan berkala di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan).

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pemilik perlu membuat temu janji sebelum menjalani pemeriksaan bagi memastikan kenderaan yang mahu digunakan selamat.

“Terdapat permohonan daripada Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (Pekema) supaya Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dan Puspakom membuka kaunter bagi membolehkan proses pemeriksaan serta pendaftaran kenderaan persendirian dan perdagangan semasa tempoh PKP.

“Proses pendaftaran kenderaan oleh JPJ dan APAD perlu dibuat secara dalam talian dan jika perlu boleh membuat temu janji dengan Puspakom serta JPJ,” katanya selepas Mesyuarat Khas Menteri Mengenai Pelaksanaan PKP di Putrajaya hari ini.


Pengarang :