Sekitar kawasan perumahan di Jalan Othman, Petaling Jaya yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) ketika tinjauan SelangorKini pada 12 Mei 2020. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Kes aktif Covid-19 di Selangor menurun, Petaling masih zon merah

SHAH ALAM, 15 MEI: Kes aktif Covid-19 di Selangor menunjukkan penurunan daripada 146 pada 13 Mei lalu kepada 132 sehingga jam 12 tengah hari semalam, demikian mengikut data Kementerian Kesihatan (KKM), hari ini.

Menerusi Twitter KKM, kes aktif di Gombak berkurangan kepada 18 berbanding 28 kes kelmarin.

Sementara kes aktif di Hulu Langat kini berjumlah 29, Klang (11), Kuala Selangor (1), Sepang (1), Sabak Bernam (2) dan Hulu Selangor (8).

Kuala Langat pula kekal zon hijau, namun Petaling Jaya masih direkodkan sebagai zon merah dengan 62 kes aktif serta 416 jumlah keseluruhan.

KKM berkata lapan daerah masih kekal kategori zon merah antaranya Petaling di Selangor, Batu, Sri Petaling, Kampung Bharu dan Ibu Kota di Kuala Lumpur kerana mencatatkan jumlah kes aktif lebih daripada 41 kes.

Ia disusuli dengan zon merah di Rembau, Negeri Sembilan dan Kuching Sarawak.

“Kes-kes di zon merah ini melibatkan kes kluster dan lokaliti Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) seperti kluster Pedas di Rembau dengan 161 disahkan positif Covid-19.

“Di Kuching, kluster persidangan gereja, petugas kesihatan dan pesakit dalam pemantauan (PUI) Itali masih aktif,” kata kenyataan itu.


Pengarang :