Datuk Dr Noor Hisham Abdullah bercakap pada sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di KKM, Putrajaya pada 6 April 2020. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

KKM sahkan penuntut universiti positif Covid-19

SHAH ALAM, 13 MEI: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan terdapat kes positif Covid-19 membabitkan dua penuntut universiti, kata ketua pengarah kesihatan.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata pihaknya sudah mengenal pasti universiti berkenaan dan menjalankan saringan kepada kakitangannya bagi mengesan punca jangkitan wabak itu.

“Walaupun mereka (penuntut) dikuarantin empat minggu tetapi ada pendedahan dengan pekerja universiti yang keluar masuk. Besar kemungkinan pendedahan (jangkitan) di situ,” katanya pada sidang media harian di Putrajaya hari ini.

Isnin lalu, Sabah mencatatkan peningkatan 10 kes baharu dengan dua daripadanya adalah pelajar universiti yang tiba dari Semenanjung.

Hari ini, Pengarah Kesihatan Sabah Datuk Dr Christina Rundi turut memaklumkan terdapat satu kes baharu positif Covid-19 melibatkan pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS).


Pengarang :