Jururawat memakai sut perlindungan diri memeriksa pesakit Covid-19 di Hospital Kuala Lumpur pada 21 April 2020. Foto REUTERS
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Covid-19: 18 kes baharu, 195 pesakit sedang dirawat

SHAH ALAM, 28 JUN: Sebanyak 18 kes baharu Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes aktif 195, kata ketua pengarah kesihatan.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata 14 kes melibatkan penularan tempatan dalam kalangan warga asing manakala empat adalah kes import.

“Jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,634 kes. Hari ini juga terdapat 10 pesakit sembuh menjadikan jumlah keseluruhan 8,318 kes pulih atau 96.3 peratus daripada jumlah keseluruhan.

“Terdapat dua kes sedang dirawat di unit rawatan rapi dan tiada kes kematian direkodkan. Kes kematian di negara ini kekal 121 kes atau 1.40 peratus daripada jumlah keseluruhan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Malaysia merekodkan satu angka kes harian Covid-19 selama empat hari berturut-turut iaitu 23 Jun (tiga), 24 Jun (enam), 25 Jun (empat) dan 26 Jun (enam) sebelum kembali kepada dua angka semalam dengan 10 kes baharu.

Sebelum ini Dr Noor Hisham menjangka Malaysia mampu mencatatkan sifar kes harian Covid-19 sekitar pertengahan bulan depan, namun sasaran dicapai jika rakyat patuh tatacara operasi piawai (SOP) dan nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia.


Pengarang :