Penjawat awam mengimbas kod QR menggunakan sistem SELangkah (Langkah Masuk Dengan Selamat) ketika berada di Bangunan SUK Shah Alam pada 14 Mei 2020. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

SELangkah, MySejahtera jejak kontak Covid-19 lebih menyeluruh – STFC

SHAH ALAM, 8 JUN: Kerjasama Kerajaan Negeri dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi aplikasi SELangkah (Langkah Masuk Dengan Selamat) dan MySejahtera membolehkan penjejakan kontak Covid-19 dilalakukan lebih menyeluruh, kata Ketua Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC).

Sehubungan itu Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad merakam ucapan penghargaan kepada semua agensi yang komited dalam usaha mengekang penularan wabak tersebut.

“Ia dilakukan demi memastikan kesejahteraan dan kelangsungan hidup rakyat Malaysia terus terpelihara. InsyaAllah dengan usaha bersama sebegini, kita pasti menang,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

SELangkah yang dibangunkan Kerajaan Negeri untuk menjejak kontak rapat jangkitan Covid-19 diakses sebanyak 10.7 juta kali sehingga 31 Mei lalu.

Aplikasi yang dilancarkan pada 4 Mei lalu kini dimanfaatkan 43,414 premis berdaftar di seluruh Selangor termasuk negeri lain di Semenanjung Malaysia.


Pengarang :