Beberapa wanita memakai pelitup muka ketika berjalan di ibu negara Indonesia, Jakarta pada 2 Mac 2020 ekoran penularan kes Covid-19 di republik itu. Foto AFP
AGENDAGLOBAL

Ketibaan pelancong asing ke Indonesia menurun pada Jun

JAKARTA, 3 OGOS: Jumlah pelancong asing yang mengunjungi Indonesia mengalami penurunan pada Jun disebabkan penularan wabak Covid-19 yang masih melanda, lapor agensi berita Xinhua.

Agensi Pusat Statistik pada Isnin mengumumkan jumlah kedatangan pelancong asing menurun sebanyak 2.06 peratus kepada 160,300 orang pada Jun.

“Kesan pandemik pada sektor pelancongan sangat mendalam,” kata ketua agensi itu, Kecuk Suhariyanto pada sidang media.

Menurut agensi itu, pada Mei kedatangan pelancong asing meningkat 3.10 peratus kepada 163,650 orang.

– BERNAMA


Pengarang :