Anggota polis melakukan sekatan jalan raya di Lebuhraya Persekutuan berhadapan Bangunan Majlis Perbandaran Klang (MPK), Klang pada harinketiga pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan akibat penularan Covid-19 pada 20 MAC 2020. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
EXCOSELANGOR

EXCO: Komitmen masyarakat patuh SOP amat dituntut

SHAH ALAM, 8 NOV: Komitmen rakyat Selangor untuk mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) amat dituntut supaya matlamat memutuskan rantaian Covid-19 tercapai.

EXCO kerajaan tempatan Ng Sze Han berkata kerjasama orang awam diperlukan bagi mengurangkan beban petugas hadapan menangani ancaman wabak.

“Saya menyeru dan merayu agar rakyat Selangor boleh mematuhi SOP demi diri sendiri, keluarga serta petugas hadapan yang memerangi Covid-19 berbulan-bulan sehingga tidak dapat bersama keluarga mereka,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata Kerajaan Negeri juga mengguna pakai keseluruhan SOP seperti yang digariskan Majlis Keselamatan Negara (MKN) sepanjang tempoh berkenaan.

“Oleh itu, orang ramai dinasihati supaya merujuk kepada peraturan dan SOP dikeluarkan MKN sebagai panduan mereka,” katanya.

Semalam, Kerajaan Persekutaun memutuskan PKPB di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Sabah yang dijadual berakhir esok disambung sehingga 6 Disember depan.

Pelaksanaan PKPB selama empat minggu itu turut diperluaskan di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Terengganu.

 


Pengarang :