Petugas Kesihatan Selcare mengambil inisiatif memanggil warga asing untuk hadir ke Saringan Komuniti Bersasar Covid-19 secara percuma di Dataran Otomobil, Shah Alam pada 7 Mac 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Hulu Langat catat kes tertinggi Covid-19

SHAH ALAM, 11 MAC: Hulu Langat mencatat kes Covid-19 harian tertinggi hari ini apabila 371 kes dilaporkan dengan sebilangan besar dikesan hasil saringan kontak rapat.

Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) berkata jumlah itu membabitkan Kajang (146), Ampang (120), Cheras (56), Semenyih (26), mukim Hulu Langat (13) dan Beranang (10).

Diikuti Petaling dengan 128 kes merangkumi mukim Petaling (49), Damansara (44), Sungai Buloh (24) dan Bukit Raja (11) manakala Klang merekodkan 75 kes iaitu mukim Klang (39) dan Kapar (36).

“Sebanyak 35 jangkitan dilaporkan di Kuala Langat dengan Telok Panglima Garang (22), Tanjong 12 (tujuh), Morib (empat) manakala Jugra dan Batu (satu).

“Sepang turut catatkan jumlah sama melibatkan Dengkil (29) dan Labu (enam).

28 jangkitan di Hulu Selangor dengan kesemua kes di Serendah,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Agensi berkata Gombak mencatatkan 28 kes membabitkan Kuang (11), Hulu Kelang (lapan), Batu (enam), Setapak (dua) dan Rawang (satu).

“Sebanyak sembilan kes direkodkan di Kuala Selangor dengan Ijok (lima), Bestari Jaya (tiga) dan Kuala Selangor (satu). Sabak Bernam tidak merekodkan sebarang jangkitan,” katanya.

Hari ini Selangor mencatatkan kes harian tertinggi negara dengan 712 jangkitan selain merekodkan tiga kematian baharu.


Pengarang :