Yang Dipertua MDHS, Dr Mohd Azhar Mohamed Ali (dua, kanan) dan wakil Touch n’ Go Sdn Bhd, Norain Khidir (dua, kiri) ketika Majlis Pelancaran Undian Tapak Bazar Ramadan Mampan 2021 pada 7 April 2021. Foto Facebook Korporatmdhsofficial
BERITA UTAMAPBTSELANGOR

MDHS, Touch n’ Go jalin kerjasama galak peniaga guna e-dompet

SHAH ALAM, 9 APRIL: Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) menjalin kerjasama dengan Touch n’ Go Sdn Bhd dalam usaha menyokong urus niaga tanpa tunai.

Pihak berkuasa tempatan (PBT) berkata pada majlis yang berlangsung pada Rabu, wakil Touch n’ Go dijemput memberikan taklimat secara dalam talian kepada peniaga.

“MDHS sebelum ini sebagai perintis masyarakat tanpa tunai sangat menggalakkan semua peniaga menggunakan e-dompet sebagai salah satu kaedah urus niaga,” katanya menerusi kenyataan di Facebook.

Terdahulu, PBT itu melancarkan undian tapak bazar Ramadan secara atas talian menerusi Facebook rasminya.

Katanya, sesi cabutan undi dilakukan Ahli Majlis kawasan bagi mewakili peniaga dan senarai lengkap mereka yang berjaya dipaparkan di laman sesawang http://www.mdhs.gov.my.

Malah, Yang Dipertua Dr Mohd Azhar Mohamed Ali menyarankan peniaga lebih proaktif dan kreatif memasarkan perniagaan menerusi media sosial ataupun menggunakan khidmat penghantar makanan.


Pengarang :