Orang ramai menunggu giliran bagi membuat ujian calitan kepada Saringan Komuniti Covid-19 secara bersasar di Dewan Beringin, Taman Seri Gombak, Gombak pada 19 Mei 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Tiga lagi kluster baharu di Selangor, dua babit agama

SHAH ALAM, 20 MEI: Tiga lagi kluster baharu dikenal pasti di Selangor hari ini dengan dua darinya merupakan kluster keagamaan.

Ketua pengarah kesihatan berkata kluster terbabit, kluster Jalan Iskandar dikesan di Kampung Bukit Kapar, Klang manakala kluster Taman Seri Muda melibatkan komuniti di Shah Alam.

“Seramai 40 individu disaring bagi kedua-dua kluster ini dan 19 darinya didapati positif,” kata Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi kenyataan hari ini.

Menurutnya satu lagi kluster baharu, kluster Jalan Bunga Azalea dikesan di Hulu Selangor dan merupakan kluster tempat kerja.

“Kluster ini melibatkan pekerja kilang di Jalan Bunga Azalea Utama. Seramai 55 individu menjalani saringan, 11 darinya positif,” katanya.

Hari ini Selangor terus mencatatkan peningkatan kes apabila 2,277 jangkitan baharu dilaporkan selain terdapat 10 kematian.


Pengarang :