Petugas kesihatan menjalankan ujian calitan kepada orang ramai dalam Saringan Komuniti Covid-19 Fasa 3 Percuma DUN Kajang di Dewan Seri Cempaka, Kajang pada 26 Jun 2021. Foto ASRI SAPFIE/MEDIA SELANGOR
AGENDANASIONAL

Rekod jangkitan tertinggi 21,668 kes tapi kes di Selangor terus turun

SHAH ALAM, 12 OGOS: Jumlah jangkitan Covid-19 terus melonjak ke paras tertinggi dengan 21,668 kes hari ini berbanding rekod 20,780 kes semalam.

Mengikut data yang dikongsi ketua pengarah kesihatan, jumlah kes di Selangor menunjukkan aliran menurun selama beberapa hari kepada 6,278 berbanding 6,921 semalam.

Selain Kuala Lumpur yang mencatatkan 2,436 kes, angka yang dipapar Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menunjukkan jangkitan di Kedah dan Sabah melonjak masing masing dengan 2,143 dan 2,052.

Negeri yang menunjukkan jangkitan lebih seribu kes termasuk Johor dengan 1,706, Pulau Pinang (1,229) dan Sarawak (1,216).

Jumlah jangkitan di negeri dan wilayah lain seperti berikut:

Kelantan – 972
Perak – 930

Negeri Sembilan – 899

Pahang – 629

Terengganu – 594

Melaka – 494

WP Putrajaya – 56
Perlis – 23
WP Labuan – 11


Pengarang :