Petugas Kesihatan Selcare melakukan ujian calitan kepada peserta Saringan Komuniti Covid-19 di Dewan Komuniti MBPJ, Kampung Lindungan, Petaling Jaya pada 19 Jun 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Kes harian Covid-19 naik sedikit, catat 7,950 jangkitan baharu

SHAH ALAM, 13 OKT: Angka kes harian Covid-19 meningkat sedikit kepada 7,950 kes hari ini berbanding 7,276 semalam, kata ketua pengarah kesihatan.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Facebook memaklumkan pertambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan kini mencecah 2,361,529 kes.

Sementara itu, berdasarkan maklumat daripada portal COVIDNOW jumlah kes sembuh pula mencatatkan 10,555 menjadikan angka keseluruhan 2,217,057 kes.

 


Pengarang :