Ahli Dewan Negeri Seri Kembangan Ean Yong Hian Wah (dua, kiri) bersama Datuk Bandar Subang Jaya Dato’ Johary Anuar (dua, kanan) meninjau tapak Pasar Awam (Transit) di Jalan SK 3/2 yang kini sedang dalam pembinaan. Foto ihsan Majlis Bandaraya Subang Jaya
ADNSELANGOR

200 peniaga Pasar Seri Kembangan pindah ke lokasi sementara Jun ini

SHAH ALAM, 13 APRIL: Seramai 200 peniaga Pasar Seri Kembangan dipindahkan ke lokasi sementara di Jalan SK 3/2 mulai Jun ini bagi memberi laluan kepada kerja menaik taraf.

Wakil rakyatnya Ean Yong Hian Wah berkata arahan itu diterima baik peniaga berikutan pasar sedia ada di Jalan SK 10 perlu ditambah baik selepas lebih 40 tahun beroperasi.

“Pasar berkenaan berusia lebih 40 tahun menempatkan majoriti peniaga Cina, Melayu dan India.

“Setakat ini mereka tidak bermasalah untuk pindah kerana jarak antara pasar lama dengan pasar sementara dekat, jadi tiada risiko untuk hilang pelanggan,” katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Subang Jaya berkata peniaga akan berada di lokasi transit sehingga 2025 berikutan pembinaan semula pasar lama bermula tahun depan mengambil masa dua tahun.

Dato’ Johary Anuar menjelaskan pembaikan bernilai RM6 juta bakal dilengkapi pelbagai kemudahan
antaranya lintasan pejalan kaki dengan lampu isyarat, bonggol dan penghadang jalan.

 


Pengarang :