Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan hujan lebat dan ribut petir di beberapa negeri hingga jam 5 petang.
AGENDANASIONAL

Empat daerah di Selangor dijangka hujan lebat hingga 5 petang ini

SHAH ALAM, 11 APRIL: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat, ribut petir dan angin kencang di empat daerah di Selangor iaitu Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat serta Kuala Lumpur dan seluruh Pulau Pinang hingga jam 5 petang hari ini.

Kawasan lain Langkawi, Yan, Kuala Muda, Baling, Kulim dan Bandar Baharu di Kedah; Kerian, Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim di Perak, Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh dan Bera di Pahang serta Jelebu, Seremban, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin di Negeri Sembilan.

Amaran sama turut membabitkan Segamat, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru di Johor serta Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Bintulu dan Subis, Beluru, Miri dan Marudi di Sarawak.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.


Pengarang :