Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan hujan lebat dan ribut petir di beberapa negeri hingga jam 5 petang.
AGENDANASIONAL

Dua daerah di Selangor diramal alami hujan lebat hingga 8 malam

SHAH ALAM, 27 MEI: Daerah Petaling dan Hulu Langat di Selangor dijangka mengalami ribut petir dan hujan lebat hingga jam 8 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) turut mengeluarkan amaran sama kepada Kuala Lumpur, Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran di Sabah.

Terdahulu, MetMalaysia mengeluarkan amaran sama terhadap tiga daerah di Selangor, iaitu Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Gombak hingga jam 7 malam ini.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial dan memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :