Datuk Bandar Subang Jaya Dato’ Johary Anuar mempengerusikan Mesyuarat Penuh Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) di Bilik Mesyuarat Kenanga MBSJ, Subang Jaya pada 20 Jun 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
PBTSELANGOR

MBSJ catat 1,659 kes baharu denggi setakat 11 Jun

SUBANG JAYA, 20 JUN: Sebanyak 1,659 kes baharu demam denggi dilaporkan di kawasan pentadbiran Majis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) pada Minggu Epid ke-23 berakhir 11 Jun lalu.

Datuk Bandar Subang Jaya Dato’ Johary Anuar berkata terdapat lonjakan kes demam denggi dengan jumlah dicatat membabitkan 11 titik panas sekitar kawasan terbabit.

“Semua pihak perlu memainkan peranan untuk menangani masalah ini. Selain MBSJ dan pejabat kesihatan daerah, penduduk harus memastikan kawasan persekitaran rumah atau premis bebas daripada menjadi pembiakan nyamuk Aedes.

“Sekurang-kurangnya luangkan masa 10 minit seminggu sekali untuk mencari dan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes,” katanya di ibu pejabat MBSJ di sini hari ini.

Pada 15 Jun lalu, EXCO kesihatan awam memaklumkan pihaknya sedang melaksanakan projek rintis dengan mengimplementasi teknologi baharu bagi pemantauan lokasi denggi secara efisien.

Dr Siti Mariah Mahmud berkata projek itu membabitkan penggunaan dron dan pembangunan aplikasi pengesanan titik panas wabak yang boleh diakses orang awam melalui peruntukan RM5 juta.


Pengarang :