Petugas kesihatan mengambil darah peserta progam Selangor Saring di Hotel Grand Sabak, Sabak Bernam pada 28 Mei 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

Saringan kesihatan di tiga lokasi hujung minggu ini termasuk Kuala Selangor

SHAH ALAM, 28 JUN: Pemeriksaan kesihatan percuma diteruskan hujung minggu ini di tiga lokasi termasuk di Jelajah Selangor Penyayang bermula 9 pagi hingga 5 petang.

EXCO Kesihatan Awam Dr Siti Mariah Mahmud berkata program Selangor Saring kali ini melibatkan tiga daerah iaitu Kuala Selangor, Hulu Langat dan Kuala Langat.

Beliau memaklumkan program di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Melawati dan Jeram diadakan di Stadium Utama, Kuala Selangor pada Sabtu serentak dengan Jelajah Selangor Penyayang.

Pada Ahad, pemeriksaan kesihatan di DUN Balakong diadakan di Gelanggang Bola Keranjang Batu 11 manakala DUN Banting di Dewan Sri Jugra.

Kerajaan Negeri memperuntuk RM3.4 juta bagi menjayakan Selangor Saring yang bakal memanfaatkan 39,000 penduduk khasnya yang ada sejarah perubatan keluarga, obesiti dan gaya hidup tidak sihat.

Program hingga 4 September itu menawarkan saringan fizikal, ujian darah dan air kencing, mata, servik dan kanser payu dara, ujian darah najis okulta atau kolorektal serta prostat.


Pengarang :