Pasukan Persatuan Amal Valley mengeluarkan mayat pesakit Covid-19 untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana, Ampang pada 23 Julai 2021. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

EXCO: Jais rangka garis panduan selaras kos urus jenazah

SHAH ALAM, 4 JULAI: Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) sedang menyediakan garis panduan pengurusan tanah perkuburan Islam untuk menetapkan kadar pengurusan jenazah di negeri ini.

EXCO Hal Ehwal Agama Islam berkata langkah menyeragamkan kadar pengurusan jenazah susulan maklumat diterima mengenai kadar berbeza mengikut masjid, surau serta pengendali urusan berkenaan, lapor portal Sinar Harian.

“JAIS tidak pernah menetapkan sebarang kos pengurusan jenazah di masjid atau yang diuruskan oleh badan bukan kerajaan (NGO).

“Namun, terdapat biro khairat di bawah seliaan masjid atau surau yang menetapkan kadar pengurusan jenazah berbeza antara institusi-institusi berkenaan.

“Terdapat juga masjid dan surau meletakkan yuran khairat kematian yang tinggi atau menggunakan khidmat syarikat insurans bagi menguruskan jenazah jika berlaku kematian,” kata Mohd Zawawi Ahmad Mughni.

Beliau berkata walaupun Jais tidak menerima sebarang aduan berkenaan kos mahal untuk menguruskan jenazah, namun perkara tersebut menyukarkan pihak berkenaan memantau penetapan kadar yang berbeza.


Pengarang :