(Gambar Hiasan) Pelantar minyak milik Petronas. Foto Facebook Petronas
AGENDANASIONAL

Tindakan rampas aset tidak berasas, Petronas pertahan kedudukan

KUALA LUMPUR, 13 JULAI: Petronas menegaskan bahawa ia menganggap tindakan yang diambil terhadapnya sebagai tidak berasas dan akan terus mempertahankan kedudukan dari segi undang-undang dalam perkara itu.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Petronas itu merujuk kepada laporan media Financial Times yang bertajuk ‘Petronas subsidiaries seized as lawyers press $15bn claim on Malaysia’.

“Kami mengesahkan bahawa kedua-dua anak syarikat dalam laporan tersebut telah menerima notis ‘Saisie-arret’ pada 11 Julai 2022,” menurut syarikat minyak negara itu dalam kenyataan di sini, pada Selasa.

Petronas menjelaskan bahawa kedua-dua anak syarikatnya, Petronas Azerbaijan (Shah Deniz) S.à r.l. dan Petronas South Caucasus S.à r.l. telah melupuskan kesemua aset di Republik Azerbaijan dan hasil daripada pelupusan itu telahpun dipulangkan dengan sewajarnya.

-BERNAMA


Pengarang :