Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan hujan lebat dan ribut petir di beberapa negeri hingga jam 5 petang.
AGENDANASIONAL

Empat daerah di Selangor, KL dijangka dilanda hujan lebat hingga 5 petang

SHAH ALAM, 17 OGOS: Daerah Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat serta Kuala Lumpur dijangka mengalami hujan lebat dan angin kencang hingga jam 5 petang ini.

Amaran Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) itu turut membabitkan kawasan Muallim, Perak; Jelebu dan Jempol di Negeri Sembilan; Besut dan Setiu di Terengganu; Raub, Bentong, Temerloh, Bera serta Rompin di Sabah.

Kawasan lain adalah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok dan Pasir Puteh di Kelantan; manakala di Sarawak membabitkan Sri Aman, Pusa, Betong, Saratok, Pakan, Sarikei dan Julau serta Tambunan, Ranau, Kota Belud, Bekuran, Kota Marudu dan Pitas di Sabah

Menurut MetMalaysia amaran itu dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :