Air Selangor pembekal tunggal perkhidmatan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Selenggara LRA: Lori tangki air digerak ke premis kritikal Hulu Selangor

SHAH ALAM, 9 OGOS: Lori tangki air digerakkan ke kawasan terjejas bekalan air susulan kerja penambahbaikan aset dan selenggara sistem bekalan air di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Rasa.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) berkata keutamaan diberikan kepada premis kritikal seperti hospital, klinik, pusat dialisis dan upacara pengebumian.

Mulai hari ini jam 9 pagi sehingga Khamis, pengguna di 188 kawasan di Hulu Selangor mengalami gangguan bekalan air dan bekalan dijangka pulih sepenunhya jam 1 pagi 11 Ogos.

“Pengguna dinasihatkan menyimpan air secukupnya untuk kegunaan seisi rumah dah pastikan semua bekas simpanan air ditutup,” katanya di Facebook pada 5 Ogos lalu.

Pengguna boleh mendapatkan maklumat dari semasa ke semasa menerusi saluran komunikasi rasmi Air Selangor di Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi talian 15300 selain membuat aduan laman sesawang http://www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor.

Kawasan yang terjejas bekalan air seperti berikut:


Pengarang :