AGENDANASIONAL

Ribut petir, hujan diramal landa Hulu Selangor hingga 2 pagi esok

SHAH ALAM, 13 OKT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Selangor membabitkan daerah Hulu Selangor sehingga 2 pagi esok.

Agensi itu menerusi Twitter memaklumkan keadaan sama dijangka berlaku di Pahang meliputi Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin.

Manakala Sarawak pula di Sri Aman, Betong, Sarikei (Pakan dan Sarikei) dan Kapit (Song dan Kapit).

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my , media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :