Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan. Foto BERNAMA
AGENDA JENAYAH

Bapa tiri disyaki dera anak hingga maut direman lima hari

KUALA LUMPUR, 24 NOV: Bapa tiri yang disyaki mendera kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun hingga mati di Taman Sri Ramal, Kajang direman selama lima hari bermula hari ini hingga 28 November 2022.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan berkata lelaki berusia 53 tahun itu direman bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Polis sebelum itu menerima laporan daripada seorang pegawai perubatan Hospital Serdang pada 12.39 tengah malam 22 November lepas berhubung seorang kanak-kanak perempuan yang dibawa ke hospital itu dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Mangsa disahkan meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke hospital dan menerusi bedah siasat doktor semalam, punca kematian kanak-kanak itu dipercayai daripada kesan hentakan objek tumpul pada bahagian kepala dan abdomen (perut) yang menyebabkan ususnya pecah.

Susulan itu, seorang lelaki tempatan ditahan di pekarangan Hospital Serdang pada 2.25 petang semalam.

– BERNAMA


Pengarang :