Jemaah haji melakukan tawaf mengikut tatacara operasi piawai (SOP) ketat susulan penularan Covid-19. Foto BERNAMA
AGENSISELANGOR

Mais: Patuhi undang-undang ketika mengerjakan ibadah umrah

OLEH FUAD HADINATA YAACOB

SHAH ALAM, 9 NOV: Bagi mengelak perkara tidak diingini ketika mengerjakan ibadah umrah, Majlis Agama Islam Selangor (Mais) menegaskan umat Islam khususnya di Selangor perlu mematuhi perundangan yang ditetapkan Kerajaan Arab Saudi.

Pengerusi Mais berkata umat Islam perlu lebih berhati-hati supaya tidak berlaku perkara seperti pelanggaran tempoh visa.

Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata ia susulan kenyataan media Kementerian Luar Negeri pada 4 November 2022 berkaitan urusan membawa pulang jemaah umrah warga Malaysia yang terkandas di Arab Saudi.

Beliau berkata turut terlibat jemaah dari Selangor yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pagi 7 November 2022.

Jelasnya itu merupakan ketibaan kedua melibatkan jemaah umrah yang terkandas.

“Jemaah dari Selangor yang ditemui di lapangan terbang sangat bersyukur kerana selamat tiba di tanah air dengan bantuan pelbagai pihak kerana mereka telah putus bekalan dan perbelanjaan di sana,” katanya.


Pengarang :