Penduduk meredah banjir berikutan hujan lebat sejak semalam ketika tinjauan di sekitar Kampung Jalan Kebun Seksyen 30, Kampung Johan Setia & Jalan Sungai Kandis hari ini. Foto Facebook Bernama
SELANGOR

Hulu Langat dijangka ribut petir hingga 8 malam ini

SHAH ALAM, 31 DIS: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan ribut petir melanda daerah Hulu Langat sehingga jam 8 malam ini.

Turut mengalami cuaca sama ialah seluruh Melaka serta Negeri Sembilan melibatkan Seremban, Port Dickson, Rembau dan Tampin, maklumnya menerusi Facebook.

Amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran berkenaan adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam boleh merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial dan memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :