Gambar hiasan. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Hujan lebat diramal landa tujuh daerah di Selangor hingga 5 petang

SHAH ALAM, 10 JAN: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Selangor melibatkan tujuh daerah sehingga 5 petang ini.

Agensi tersebut menerusi Twitter memaklumkan daerah tersebut ialah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang serta seluruh Putrajaya.

Situasi sama turut dijangka di Perak melibatkan Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim; Terengganu (Setiu), Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong dan Bera), Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Kuala Pilah, Rembau dan Jempol) serta Sabah di Pedalaman (Beaufort) dan Pantai Barat (Papar).

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my , media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :