Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (dua, kiri) memegang cek cura RM565,000 untuk diagihkan kepada masjid dan surau sekitar Gombak melalui program Ihya’ Ramadan di Masjid Al Khairiah, Gombak pada 25 Mac 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

MBI peruntuk RM500,000 jaya Ihya’ Ramadan, alu-alukan permohonan dari surau dan masjid

KUALA SELANGOR, 30 JAN: Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI memperuntuk RM500,000 bagi menjayakan program Ihya’ Ramadan tahun ini.

Ketua Tanggungjawab Sosial Korporatnya Ahmad Azri Zainal Nor mengalu-alukan permohonan dari surau dan masjid seluruh negeri bagi menyemarakkan bulan suci Islam itu.

“Kita mengalu-alukan permohonan dari surau dan masjid seluruh Selangor yang mahu anjurkan program Ihya’ Ramadan.

“Kita buka permohonan sehingga awal Ramadan ini, dan kita juga ada peruntukan khas untuk setiap surau dan masjid,” katanya.

Ketua Tanggungjawab Sosial Korporat Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Ahmad Azri Zainal Nor (lima kiri) menyampaikan cek cura kepada Pengerusi Persatuan Komuniti Alam Perdana Husaini Saimon (lima kanan) sambil diperhatikan Ahli Parlimen Kuala Selangor Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (tengah) di Surau Alam Perdana, Puncak Alam pada 30 Januari 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI

Terdahulu beliau menyampaikan replika cek sebanyak RM113,165 bagi pembinaan pagar komuniti Taman Alam Perdana, Puncak Alam di sini hari ini.

Ahmad Azri berkata setiap tahun MBI menerima hampir 200 permohonan dari masjid dan surau bagi penganjuran program Ihya’ Ramadan.

Menurutnya setiap masjid menerima dana RM10,000 sementara RM5,000 diagihkan kepada surau untuk aktiviti pengimarahan sepanjang bulan suci itu.


Pengarang :