Datuk Bandar Petaling Jaya Mohamad Azhan Md Amir selepas menyampaikan sumbangan Tahun Baru Cina dari Majlis Bandaraya Petaling Jaya kepada 60 keluarga di Dewan MBPJ SS3/14 Taman Sentosa pada 11 Januari 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI
PBTSELANGOR

Peniaga, pengendali makanan di PJ patuhi arahan pemakaian pelitup muka

Oleh AZIAN AZIZ

PETALING JAYA, 11 JAN: Majoriti penjaja dan peniaga makanan di kawasan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) mematuhi arahan pemakaian pelitup muka sejak diwajibkan pada 1 Januari.

Datuk Bandar Petaling Jaya berkata pihaknya tiada angka rasmi namun hasil lawatan beliau di premis makanan mendapati pengendali makanan patuh arahan berkenaan.

“Saya tidak ada angka rasmi berapa ramai yang telah patuh arahan ini tetapi hasil lawatan saya ke gerai-gerai dan kedai makan memang mereka sudah patuh arahan berkenaan,’’ kata Mohamad Azhan Md Amir hari ini.

Datuk Bandar Petaling Jaya Mohamad Azhan Md Amir bergambar bersama penerima sumbangan Tahun Baru Cina daripada Majlis Bandaraya Petaling Jaya di Dewan MBPJ SS3/14 Taman Sentosa pada 11 Januari 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI

Terdahulu beliau menyerahkan sumbangan RM250 kepada 60 keluarga kurang berkemampuan sempena sambutan Tahun Baharu Cina di Dewan MBPJ SS3/14, Taman Sentosa di sini.

Sebelum ini, Dato’ Menteri Besar menyarankan pemakaian pelitup muka dalam kalangan pengendali makanan dibuat secara berperingkat oleh pihak berkuasa tempatan.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata pelaksanaan itu bagi menimbulkan keyakinan pelanggan ketika proses penyediaan dan hidangan makanan.


Pengarang :