EXCO Pembangunan Usahawan Rodziah Ismail ketika sidang media selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman di antara Rangkaian DPU Sdn Bhd dengan Persatuan Penjaja dan Perniagaan Kecil Melayu Selangor di Hotel De Palma, Shah Alam pada 9 Februari 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

EXCO: Lesen penjaja disemak semula, elak individu sama daftar semua PBT

SHAH ALAM, 9 FEB : Kerajaan Negeri menyelaras semula lesen penjaja semua pihak berkuasa tempatan (PBT) selepas siasatan mendapati terdapat individu yang sama memiliki banyak lesen.

EXCO pembangunan usahawan berkata tindakan tersebut bagi mengelak amalan monopoli yang boleh menjejaskan peluang individu lain untuk mendapat lesen penjaja.

Maklum Rodziah Ismail, semakan mendapati 77 peratus daripada 90,000 lesen dikeluarkan semua PBT didaftarkan di bawah satu nama dan berniaga di pelbagai lokasi sekitar negeri ini.

“Baki 23 peratus daripada jumlah lesen tersebut pula didaftarkan di bawah satu nama dan berniaga di satu tempat dalam lokasi seliaan PBT yang mereka daftar.

“Kadang seorang peniaga pegang sampai 30 (lesen perniagaan) tapi nama (yang didaftarkan) hanya satu. Bila kita gandingkan di bawah Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor, kita tahu sebenarnya mereka berniaga di banyak tempat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Rangkaian DPU Sdn Bhd dengan Persatuan Penjaja dan Perniagaan Kecil Melayu Selangor di Hotel De Palma, dhari ini.

Rodziah turut meminta semua PBT memantau perkara tersebut bagi mengelakkan isu ‘ali baba’, iaitu lesen yang diberi digunakan oleh pihak lain.


Pengarang :