Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin dan Yang Dipertua Pekawanis Datin Seri Masdiana Muhamad tiba pada Majlis Hi-Tea Persatuan Badan Kebajikan Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (Bakajasa) di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam, Shah Alam pada 10 Jun 2023. FOTO NUR ADIBAH AHMAD IZAM
AGENSISELANGOR

Tengku Permaisuri berkenan hadiri minum petang bersama kakitangan Jais

Oleh AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 10 JUN: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tengku Permaisuri Selangor berkenan berangkat ke majlis minum petang bersama 300 ahli Persatuan Badan Kebajikan Kakitangan Jabatan Agama Islam Selangor (Bakajasa) hari ini.

Majlis di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini turut dihadiri Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis) Datin Seri Masdiana Muhamad.

Tengku Permaisuri Norashikin turut mencemar duli menyampaikan sumbangan kebajikan kepada 20 ahli Bakajasa yang ditimpa bencana alam, kematian ahli keluarga serta mendapat cahaya mata baharu.

Majlis Hi-Tea persatuan Badan Kebajikan Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (Bakajasa) bersama Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam, Shah Alam pada 10 Jun 2023. FOTO NUR ADIBAH AHMAD IZAM

Baginda diiringi Masdiana dan Timbalan Yang Dipertua Bakajasa yang juga Timbalan Pengarah Operasi Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Salwana Ahmad Dahalan.

Turut diadakan syarahan santai oleh Ustazah Muzayyanah Abdullah bertajuk Ada Apa Dengan Hati.

Bakajasa ditubuhkan pada 1977 yang diketuai Pengarah Jais Dato’ Mohd Shahzihan Ahmad. Keahlian terkini ialah 950 orang yang terdiri daripada kakitangan dan guru seliaan jabatan itu.


Pengarang :