Orang ramai membeli barang keperluan asas yang dijual murah dalam program Jelajah Ehsan Rahmah DUN Balakong di balai raya Taman Cheras Utama, Kajang pada 3 September 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Jualan murah menemui orang ramai di tiga lokasi hari ini

SHAH ALAM, 18 SEPT: Orang ramai berpeluang mendapatkan pelbagai barangan keperluan asas pada harga murah melalui program Jelajah Ehsan Rahmah (JER) di tiga lokasi hari ini.

Program itu diadakan di Dataran Niaga Felda Gedangsa (DUN Hulu Bernam), Dewan Taman Changgang Jaya (DUN Dengkil) dan laman warung Kg Western, Jln Haji Sarif 1, Batu 8 (DUN Ijok).

Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) menerusi Facebook memaklumkan program itu bermula dari jam 10 pagi hingga 1 tengah hari.

Jualan murah berkenaan adalah kesinambungan Jualan Ehsan Rakyat sebelum ini yang dijenamakan semula pada 1 Jun dan diteruskan hingga Disember depan, dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN).

JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek) dan telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM10).

Lokasi terkini JER seluruh negeri boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR Jadual JER pada imej infografik PKPS atau pautan linktr.ee/myPKPS.


Pengarang :