Orang ramai menghadiri Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2023 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 22 Oktober 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

10 usahawan e-dagang sidang niaga Selangor terpilih ke Taiwan

KUALA LUMPUR, 22 OKT: Seramai 10 usahawan e-dagang dari Selangor terpilih ke Taiwan selepas berjaya melepasi ujian saringan program Pemecut Selangor 2023 (SAP23).

Mereka dipilih daripada 40 peserta yang menyertai program berkenaan sejak empat bulan lalu yang diadakan sempena Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2023.

Pemenang, Ketua Pegawai Eksekutif Go Tech Up, Ainaa Rosli berkata SAP23 merupakan platform terbaik kepada syarikatnya mengetengahkan produk dan meluas rangkaian perniagaan.

Beliau yang mengusahakan peranti pendidikan menerusi program simulasi berasaskan bidang Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi (STEM) berkata perniagaan sektor pendidikan masih kurang mendapat sambutan di negara ini.

Pengurus Latihan Teknikal Bermaz Auto Alliance Sdn Bhd, Dayandran Indran (kiri) memberi penerangan kepada pelajar pada Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2023 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Kuala Lumpur pada 22 Oktober 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

“Saya sertai program ini kerana mahu mempromosikan lagi produk saya. Ia juga bantu saya untuk bertemu pemegang polisi dan pelabur berpotensi,” katanya kepada SelangorKini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif ReSkills EdTech Sdn Bhd, Jin Tan berkata program latihan dan bimbingan yang disediakan selama empat bulan amat bermanfaat.

Menurutnya hadiah ke Taiwan merupakan peluang keemasan yang ditunggu-tunggu bagi membantu meluaskan lagi perniagaan pendidikan secara atas talian yang diusahakan.

Mohd Syafiq Mohd Rosli (kiri) dari MBI memberi penerangan kepada Paul Chang, 57, (kanan) dan Maria Liew, 73, pada Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2023 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Kuala Lumpur pada 22 Oktober 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

“Platform kami dibina untuk bantu pelajar kurang berkemampuan dan menyedia pembelajaran berkualiti kepada semua pada harga berpatutan. SAP23 beri banyak pendedahan kepada kami,” katanya.

Usahawan terpilih itu memenangi hadiah wang tunai RM3,000, berpeluang menyertai festival syarikat pemula terbesar Asia di Meet Taipei 2023, serta piala iringan.


Pengarang :