Ahli Dewan Negeri (ADN) Kota Damansara Muhammad Izuan Ahmad Kasim berucap ketika Majlis Perasmian Karnival Kesihatan Penjagan Pemakanan di Kota Damansara, Petaling Jaya 9 Disember 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
ADNSELANGOR

Bimbang penularan Covid-19, ADN Kota Damansara edar pelitup muka di sekolah

PETALING JAYA, 9 DIS: Ahli Dewan Negeri Kota Damansara berhasrat mengedarkan pelitup muka di sekolah-sekolah susulan peningkatan kes Covid-19.

Muhammad Izuan Ahmad Kasim berkata inisiatif itu diambil bagi mengekang penularan wabak berkenaan dalam kalangan pelajar.

Ahli Dewan Negeri Kota Damansara Muhammad Izuan Ahmad Kasim berucap ketika Majlis Perasmian Karnival Kesihatan Penjagan Pemakanan di Kota Damansara, Petaling Jaya 9 Disember 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

“Kes Covid-19 semakin meningkat begitu juga dengan influenza. Kita tidak boleh menghalang masyarakat keluar untuk melakukan aktiviti, apa yang boleh dilakukan ialah ingatkan mereka untuk pakai pelitup muka.

“Oleh itu, pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Damansara akan mengedarkan pelitup muka ke sekolah-sekolah khususnya di sekolah rendah,” katanya.

Ditemui selepas merasmikan Karnival Kesihatan Penjagaan Pemakanan di Dewan Komuniti Seksyen 4 di sini, Izuan turut menasihatkan orang ramai untuk kembali memakai pelitup muka bagi mencegah dari dijangkiti Covid-19.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Kota Damansara Muhammad Izuan Ahmad Kasim melawat reruai dan beramah bersama pengunjung ketika Majlis Perasmian Karnival Kesihatan Penjagan Pemakanan di Kota Damansara, Petaling Jaya 9 Disember 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Kelmarin, Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa memaklumkan keadaan semasa Covid-19 negara secara keseluruhannya masih terkawal dan tidak membebankan fasiliti kesihatan meskipun terdapat peningkatan kes.

Jelasnya, terdapat peningkatan kes Covid-19 dilaporkan secara global dan di Malaysia seiring dengan trend yang berlaku pada setiap hujung tahun seperti yang dilaporkan di negara lain.

November lalu, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan memaklumkan sebanyak 3,626 kes Covid-19 dilaporkan pada 19 hingga 25 November.

Jumlah itu meningkat 57.3 peratus berbanding 2,305 kes yang direkodkan pada minggu sebelumnya.


Pengarang :