AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Hormati adat resam berbilang kaum, Selangor contoh terbaik rakyat hidup harmoni

SHAH ALAM, 25 JAN : Dato’ Menteri Besar menyifatkan Selangor contoh terbaik dalam menghargai kemakmuran, perpaduan dan menghormati kebebasan beragama serta adat resam sesama masyarakat.

Meluahkan rasa syukur dengan keharmonian yang dikecapi, Dato’ Seri Amirudin Shari berkata kejayaan itu harus dipelihara kerana negeri ini merupakan fabrik yang unik dengan masyarakat berbilang kaum.

Menurutnya, perkara itu juga ditonjolkan menerusi sambutan perayaan Thaipusam pada hari ini yang besar maknanya buat penganut agama Hindu.

“Thaipusam turut membawa keistimewaan dan keunikan kepada saya kerana saban tahun ia sinonim dengan Batu Caves.

“Simbolisme sambutan Thaipusam dikaitkan dengan konsep memanjatkan kesyukuran dan mengalahkan kejahatan dengan pengorbanan seperti berpuasa, mengangkat Kavadi dan membayar nazar pada Dewa Murugan,” katanya menerusi Facebook.

Dato’ Menteri Besar turut mengucapkan Selamat Hari Thaipusam kepada seluruh masyarakat beragama Hindu.


Pengarang :