AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Infak kini lebih mudah, Yide sedia pelbagai kaedah termasuk secara digital

SHAH ALAM, 2 JAN: Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) menyediakan pelbagai kaedah bagi memudahkan orang ramai melaksana sumbangan infak.

Agensi itu memaklumkan, orang ramai boleh berinfak menggunakan telefon bimbit menerusi aplikasi mudah alih InfaqYIDE.

“Aplikasi InfaqYIDE ini boleh dimuat turun di Google Play Store dan Apple Store.

“Selain itu, terdapat juga kaedah berinfak secara digital lain seperti TULUS, Toyyibpay, Billplz, TouchnGo dan Valuepay,” katanya di Facebook.

YIDE turut memaklumkan, urusan sama turut boleh dilakukan melalui akaun bank korporat Yide menerusi 1223-4010-0073-30 (Bank Islam) atau 2626-2500-0114-39 (RHB Islamic Bank).

Selain itu, Kupon Infaq Yatim sepanjang Ramadan turut disediakan bagi membolehkan orang ramai boleh berinfaq melalui amil zakat fitrah yang dilantik Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Agensi itu menambah, penyumbang juga berpeluang berinfak melalui potongan gaji setiap bulan dan layak mendapat penolakan cukai terhad kepada 10 peratus daripada pendapatan agregat bagi individu atau syarikat.

Sebarang pertanyaan sila hubungi 03-3345 9900 (Ibu Pejabat) atau Whatsapp di nombor 017-7569478 (Encik Akmal) atau layari laman sesawang di www.yide.com.my

“Bagi permohonan resit rasmi sila emel ke [email protected],” katanya.


Pengarang :