Hujan lebat dan angin kencang menyebabkan air laut turut bergelora. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Sabak Bernam, Hulu Selangor dijangka hujan lebat hingga 9 malam

Oleh NAS NORZIELA NASBAH

SHAH ALAM, 25 JAN: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat dan ribut petir di Sabak Bernam dan Hulu Selangor hingga 9 malam.

Agensi itu memaklumkan cuaca sama dijangka melanda seluruh Pulau Pinang, Perak serta beberapa kawasan di Kedah, Pahang, Negeri Sembilan, Johor dan Sarawak.

Menurut MetMalaysia di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :