AGENDANASIONAL

Amaran hujan lebat seluruh Selangor, KL hingga 6 petang

SHAH ALAM, 5 MAC: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda seluruh Selangor, KL dan Putrajaya hingga 6 petang.

Menurut agensi itu, cuaca hujan disertai ribut petir juga dijangka berlaku di seluruh Pulau Pinang, Perak dan Melaka selain beberapa kawasan di Negeri Sembilan, Johor dan Sarawak.

MetMalaysia  memaklumkan di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :