Orang ramai tidak melepaskan peluang membeli barangan asas murah sempena Jualan Ehsan Rahmah (JER) Mega Tahun Baharu Cina di Kompleks 3k, SS13, Subang Jaya pada 9 Febuari 2024. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

JER kembali hari ini, dapatkan barangan asas murah di empat lokasi

SHAH ALAM, 16 APRIL: Jualan Ehsan Rahmah (JER) anjuran Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) diteruskan di empat lokasi hari ini mulai 10 pagi hingga 1 tengah hari.

Jualan murah barangan asas itu di Dewan Kampung Baru Cina (Dengkil), Pangsapuri Bukit Puchong (Seri Serdang), Taman Dato Bandar Surau Al-Faizin (Meru) dan Medan Selera UPEN, TK1/11F Taman Kinrara (Kinrara).

JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10/pek), telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6/pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM13).

Program dijadual berlangsung di lebih 1,800 lokasi tahun ini, tidak termasuk program jualan murah di beberapa cawangan pasar raya Segi Fresh pada hujung minggu.

Lokasi terkini jualan murah boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan http://linktr.ee/myPKPS


Pengarang :