Penghuni Rumah Kasih Harmoni (RKH) Paya Jaras mengadakan lawatan ke Media Selangor ketika program Selangkah Ke Industri Kreatif di Media Selangor Sdn Bhd, Shah Alam pada 15 April 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Penghuni Rumah Kasih Harmoni lawat Media Selangor, dekati dunia penyiaran

SHAH ALAM, 15 APRIL: Seramai 30 penghuni Rumah Kasih Harmoni (RKH) Paya Jaras mengadakan lawatan ke Media Selangor Sdn Bhd (Media Selangor) hari ini.

Menurut pengarah projeknya, program anjuran pelajar semester lima Universiti Utara Malaysia bertujuan mendedahkan remaja berkenaan dengan dunia penyiaran.

Mohd Naim Abu Bakar berkata program Selangkah Ke Industri Kreatif itu juga bertujuan memupuk nilai kemasyarakatan dengan penggiat dunia media.

Pengarah projek Mohd Naim Abu Bakar berucap ketika program Selangkah Ke Industri Kreatif di Media Selangor Sdn Bhd, Shah Alam pada 15 April 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

“Program ini memberi pengalaman baharu kepada anak-anak RKH terutama mengenai dunia media.

“Ini sekali gus memberi pendedahan awal kepada mereka terutama yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malayia mengenai bidang ini untuk diteroka sebagai kerjaya,” katanya.

Pengarang Kumpulan Media Selangor Fathi Aris Omar berucap ketika program Selangkah Ke Industri Kreatif di Media Selangor Sdn Bhd, Shah Alam pada 15 April 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Dalam lawatan berkenaan, pelajar turut mendengar taklimat serta penerangan berhubung dunia media yang disampaikan Pengarang Kumpulan Media Selangor Fathi Aris Omar serta penasihat khas Selangor TV Izwan Azir Salleh.

Mereka juga dibawa melihat proses membaca berita malah diberi peluang berbuat demikian selain didedahkan dengan peralatan yang digunakan dalam bidang penyiaran.

Penghuni Rumah Kasih Harmoni (RKH) Paya Jaras mengadakan lawatan ke Media Selangor ketika program Selangkah Ke Industri Kreatif di Media Selangor Sdn Bhd, Shah Alam pada 15 April 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
Penghuni Rumah Kasih Harmoni (RKH) Paya Jaras bergambar bersama selepas program Selangkah Ke Industri Kreatif di Media Selangor Sdn Bhd, Shah Alam pada 15 April 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

 

 


Pengarang :