SHAH ALAM, 21 SEPT: Sebanyak 17 ajaran sesat disahkan aktif menyebarkan fahaman di seluruh Selangor, kata pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).
Mohd Shahzihan Ahmad berkata kumpulan berkenaan termasuk yang baharu ditubuhkan kini sedang dipantau sebelum tindakan lanjut diambil.
“Kita sedang perhalusi. Segala maklumat ini diterima dari orang awam yang semakin sedar dan bijak.
“Kepada kumpulan ini, sila hati-hati. Penguat kuasa dah belajar dari pengalaman. Sebelum ini kita agak ke depan tetapi dimalukan namun kali ini Jais bertindak agak perlahan dan akan tamatkan semuanya,” katanya pada sidang media selepas Majlis Mesra Media 2020 di sini hari ini.