Agihan topeng muka dan cecair pembasmi kuman kepada penduduk sekitar Permatang. Foto ihsan Rozana Zainal Abidin
ADNSELANGOR

ADN Permatang agih penutup mulut kepada OKU, ibu tunggal

SHAH ALAM, 13 APRIL: Sebanyak 13 kampung tradisi, 11 ladang dan tiga kampung baharu di Permatang telah diberi bantuan sewajarnya sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan, kata Ahli Dewan Negerinya (ADN)

Rozana Zainal Abidin berkata bantuan penutup mulut dan hidung serta cecair pembasmi kuman diagihkan secara berperingkat kepada semua penduduk.

“Keutamaan kami adalah kepada golongan yang bergantung pada pendapatan harian, warga emas, orang kelainan upaya (OKU) dan ibu tunggal tanpa pendapatan tetap,” katanya di Facebook.

Pemberian sumbangan dibuat dengan kerjasama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) DUN Permatang, Masjid Al-Munawwarah Blok S Sawah Sempadan, ahli majlis Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), ketua komuniti Cina dan India.

Sementara itu, bagi memutuskan rantaian penularan wabak Covid-19, Rozana merayu orang ramai supaya terus mematuhi arahan PKP.

“Duduk di rumah. Jaga kebersihan diri dan kawasan sekitar rumah. Kerap cuci tangan dengan air dan sabun. Sekiranya ada keperluan untuk keluar, amalkan jarak sosial,” katanya.

End.


Pengarang :