Helikopter Super Lynx MK100 daripada Skuadron 501 berlepas dari kapal KD LEKIU bagi melaksanakan Op Benteng melalui ruang udara di sekitar perairan Selat Melaka Utara. Rondaan dilakukan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bertujuan untuk mengekang kegiatan jenayah rentas sempadan Pendatang Asing tanpa izin (PATI), pelanunan, pemerdagangan manusia, penyeludupan dan pencerobohan nelayan asing dikhuatiri semakin meningkat akibat pandemik Covid-19. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

396 pendatang tanpa izin ditahan cuba masuk ke Malaysia – Ismail Sabri

SHAH ALAM, 8 JUN: Seramai 396 pendatang asing tanpa izin (pati) ditahan kerana cuba menceroboh perairan negara sejak 1 Mei sehingga semalam, kata menteri kanan (keselamatan).

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Operasi Benteng melibatkan tentera, polis, agensi keselamatan sempadan dan maritim turut menahan 103 tekong, 11 penyeludup serta merampas 13 kapal.

“Pihak berkuasa juga berjaya mengusir 140 pati, enam tekong serta 22 kapal yang cuba membolosi kawasan sempadan negara.

“Operasi mencegah kemasukan pati menerusi lorong tikus akan dipertingkatkan dalam usaha mencegah jenayah rentas sempadan serta penularan Covid-19,” katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata seramai 60 individu ditahan manakala 277 individu dikenakan kompaun semalam kerana ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).


Pengarang :