Sebahagian warga asing duduk dalam keadaan beratur ketika hadir untuk membuat saringan Covid-19 di Pangsapuri Langat Utama pada 1 JUN 2020. Foto BERNAMA
AGENSISELANGOR

Tujuh kes baharu di Selangor, dua babit anggota polis

SHAH ALAM, 13 JUN: Dua anggota polis disahkan positif Covid-19 dan menjadi antara tujuh kes baharu dilaporkan di Selangor setakat jam 12.45 tengah hari ini, demikian mengikut data Bilik Gerakan Negeri Selangor.

Kes membabitkan petugas barisan hadapan di Sabak Bernam itu diperoleh hasil saringan membabitkan pegawai polis Sekinchan dan Teluk Intan.

Lima lagi kes baharu adalah dari Maahad Tahfiz Puncak Alam, Kuala Selangor, Pusat Tahfiz Rhaudahtul Nur Iman di Gombak dan tiga kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara termasuk Bangladesh, Mesir dan Singapura.

Sementara itu Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC) menerusi Twitter berkata kes baharu berkenaan didapati menurun berbanding 13 kes semalam sekali gus menjadikan jumlah terkumpul di negeri ini sebanyak 1,994.

“Ingat! Ketiadaan vaksin menyebabkan mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) adalah ‘ubat’ paling mujarab untuk anda amalkan,” katanya.


Pengarang :