BUDAYARENCANA

Wahyu Challenge

Semangkuk lathi
telah sebati digarami
segenggam hablur aqli

Tetapi celupar salivamu
telah melikatkan kutuk
hingga mengasinkan lagi
rasa haram dalam garam
dari rapuh tulang lidah
yang sukar empuk
direbus aqidah

Sebunjut garam fatwa
tak mampu meruqyah jiwa
yang teruk dirasuk cabaran
rela buruk menyamar hantu
lalu amuk mencabar wahyu.

 

Istajib Mokhtar
Kuala Lumpur


Pengarang :