Orang ramai mengunjungi Pavilion Selangor pada Pameran Pertanian, Hortikultur dan Pelancongan Agro Malaysia (MAHA) 2018. Foto ARKIB SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Maha 2020 dianjur secara fizikal dan maya November ini

SHAH ALAM, 6 OGOS: Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (Maha 2020) berlangsung secara hibrid iaitu fizikal dan maya pada 26 hingga 29 November ini.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan PKP semalam secara dasar bersetuju dengan cadangan penganjuran.

“Pihak pengurusan Taman Ekspo Pertanian Malaysia, Serdang akan menyediakan garis panduan yang perlu dipatuhi termasuk hanya peserta yang diberi kad jemputan sahaja dibenarkan masuk dan kehadiran direkodkan,” katanya dalam sidang media di Parlimen hari ini.

Beliau berkata peserta antarabangsa pula hanya dibenarkan terlibat secara dalam talian dan tatacara operasi piawai (SOP) pelaksanaan dibincang lanjut dalam Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal.


Pengarang :