Sepuluh finalis yang layak sebagai ikon pertanian dengan hadiah dimenangi bersama Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari dan kenamaan lain di Malam Anugerah Ikon Agro Selangor 2020 di Dewan Orkid Wisma Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor Shah Alam pada 14 September 2020. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMAPILIHAN MINGGUANSELANGOR

10 usaha tani dinobat Ikon Agro, bawa pulang RM10,000 seorang

SHAH ALAM, 15 SEPT: Sepuluh pengusaha pertanian mengungguli saingan akhir untuk dinobatkan sebagai Ikon Agro Selangor 2020 malam tadi.

Mereka mengenepikan sepuluh finalis lain apabila melepasi pusingan awal daripada keseluruhan 31 peserta dalam pertandingan bermula sejak Julai lalu.

Penilaian juri berdasarkan penggunaan teknologi moden dan pengeluaran hasil yang menyumbang 70 peratus markah manakala bakinya ditentukan menerusi undian video di Youtube.

Sepuluh pengusaha termasuk seorang wanita yang layak sebagai ikon agro menerima hadiah wang tunai RM10,000 dan trofi serta dilantik menjadi duta pertanian bagi membimbing kumpulan baharu yang ingin menceburi bidang tersebut.

Manakala sepuluh yang lain turut menerima hadiah sagu hati berbentuk plak penghargaan.

Majlis penyerahan anugerah disempurnakan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari sambil diiringi EXCO Permodenan Pertanian Ir Izham Hashim di Dewan Orkid, Bangunan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) di sini.


Pengarang :